Sunday, 19 May 2013

Hati menyimpan beribu airmata . Senyuman itu menyimpan beribu rahsia . Hati menyimpan beribu luka . Tiada siapa tahu melainkan Allah.
Cinta itu tidak cukup dijelaskan dalam sebuah "kamus" kerana cinta itu bukan sebuah kata tapi sebuah perasaan :')
Allah tidak pernah pun merampas apa yang kita sayang cuma sebaliknya, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu :)
S: Betul ke ustaz kata pakai tudung xwajib? Ust: Betul, boleh tutup pakai baldi asalkan tak nampak rambut , tapi tebuk sikit lubang utk mata
S: Boleh minum susu isteri? Ustaz: Boleh, tk kisah jika dipam ke dalam botol dulu atau secara live unplugged tpi jngn lupa utk babynya skali
Tak perlu yang sempurna , cuma memerlukan KESETIAAN dan KEJUJURAN .Tidak perlu nak berlagak , kita sesama manusia tiada yang sempurna (Y)
Perempuan umpama belon, Lelaki umpama angin, Lelaki yang bijak akan masuk kedalam hati perempuan dengan perlahan. Kalau tak ia akan pecah.
''Kehidupan malam pertama di alam kubur tidaklah semanis kehidupan malam pertama di dunia iaitu selepas kita bernikah''
Kejujuran itu mungkin menyebabkan satu tangisan. Tapi itu lebih baik daripada senyuman yang penuh dengan kebohongan.
Cinta kepada dunia akan hancur dan tak akan kekal. Cinta kepada Akhirat akan kekal abadi dan disana lah kehidupan sebenar :')
Satu-satunya kata maaf yang paling tak boleh untuk dimaafkan ialah "Maaf kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan ini".
Kita nampak Bulan, sedangkan Bulan itu sangat Jauh dengan Kita. Kita tak nampak Allah, tapi sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan Kita :)
Kadang kadang tulisan menggantikan kata kata untuk menyampaikan suatu perasaan yang tersangat istimewa untuk si dia :')
Di saat cinta mula berputik, apa yang dipandang, semuanya cantik - cantik. Di saat cinta mula layu, apa yang dipandang, semuanya sayu :')
Berusaha ke arah kebaikan , masa yg pergi tak kan kembali , Allah tk kn mengubah nasib seseorang selagi mereka tk mengubah nasib nya sendiri
Walaupun saya bukan orang yang "Pertama" muncul dalam hidup awak, tapi saya selalu berharap agar saya akan jadi yang "Terakhir" buat awak .
Kahwin bukan semata-mata "Awak imam saya, saya makmum awak." tapi sebenarnya, "Berjanji untuk harungi semuanya bersama , sampai ke syurga."
Lebih baik ada musuh yang mengaku dia benci kita daripada ada kawan baik yang mengaku dia sayang kita tapi belakang kita, dia kutuk² kita.
Buruk macam mana pun kita,mesti ada yang Mengata. Baik macam mana pun kita, mesti ada orang yang Mengutuk Bersabarlah, tu kan lumrah hidup
1000 teman datang saat kamu tertawa .Tapi seorang sahabat akan datang saat kamu berderai air mata. Itulah sahabat sejati :')
Kita tengok buah durian, Walaupun luarnya berduri tapi ia tetap manis. Macam tu lah perempuan, Walaupun garang tapi hatinya lembut
Perempuan yang menahan seribu kesedihan dengan senyuman adalah seorang perempuan yang kuat dan tabah :')
Kata orang tua, biar lambat asal selamat. Dah kalau ada pelajar lambat datang sekolah, kena sebat dgn cikgu disiplin, itu dikatakan selamat?
Bila perempuan jatuh cinta dengan lelaki, nampak seri di mukanya. Bila pondan jatuh cinta dengan lelaki, nampak tak kayu di tangan saya?
Sedih. Semakin kurang orang melawat kubur pada masa kini. Ingin saya nasihat kepada pihak berkenaan, cuba letak wifi di tanah perkuburan.
Perempuan kalau nampak lelaki ensem lalu."OMG! Ensemnye dia , yang tu aku punya!". Lelaki tak ensem lalu. "Tuh! boyfriend kau dah datang"
Bila bercinta semuanya indah.Semuanya jadi manis. Bila break up. Tengok muka dia pun menyampah. Tapi sometimes kita akn rindu juga dekat dia
Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita kembali seperti memeluk kaktus. Semakin ketat kita memeluknya, semakin sakit kita rasai.
Kita selalu memulakan hubungan dri kwn menjadi kekasih.Tpi bila tejadinya pepisahan tk ramai yg boleh trima hubungan dri kekasih menjadi kwn
Jangan menulis di atas kaca , tapi menulislah di atas meja . Jangan menangis kerana cinta , tapi menangislah kerana dosa :')
Hanya cinta yang boleh berikan awak bahagia, kadang buat awak terluka. Tapi, cinta begitu istimewa ketika awak berikan pada dia yg setia :)
Tiba masanya saya sudah pergi buat selama-lamanya, jangan lah awak bersedih kerana saya tidak ada kekuatan lagi untuk lap kan air mata awak.
Allah melimpahkan 'kecantikanNya' kepada semua hambaNya. Tidak perlu mengutuk mukanya buruk. Ia adalah sebaik perhiasan yang Dia kurniakan.
Nak cari pengganti orang yang kita sayang memang susah. Sekali hati kita dah kecewa, bukan senang nak hilang. Kena ambil masa yang lama :')
Lelaki atau perempuan di dunia ini memang ramai, tapi susah nak cari orang yang betul setia/sayang/cinta kita dengan sepenuhnya hatinya :')
*Zaman Nabi* "Mati syahid demi Islam. *Zaman Jepun* "Mati pertahankan negara". *Zaman skrg* "Bunuh diri sbb cinta, mati akibat merempit"
Awak nak marah. Nak maki saya. Saya terima. Tapi bila awak cakap nak tinggalkan saya. Itu saya tak dapat terima. Sebab saya sayang awak :'/
Kalau Allah tk sayang kita, dah lama Dia ambil nyawa kita waktu syok buat dosa. Tapi sebabkan sayang, Dia bagi kita masa untuk bertaubat :')
Tak perlu terlalu bersedih apabila ditinggalkan seseorang, kerana sebenarnya dia yang rugi meninggalkan orang yang tulus mencintainya
Kalau awak sayangkan seseorang, tarik perhatian dia bukan seluar dia . Kalau awak sayangkan seseorang, jaga hati dia bukan permainkan dia :)
Rasulullah, namanya sehebat budi pekertinya. Bibirnya manis dgn senyuman dan tutur bicara yang baik. Alhamdulillah, kita adalah umatnya ♥ :)
Kita ada 24 jam sehari dengan 365 setahun,tetapi kebanyakkan kita rugikan masa sebab percintaan,akhirnya mengharungi kepedihan seorang.
Sekolah sangat penting. Walaupun hari ini kita mengeluh, tapi dah tua nanti, sekolah akan menjadi antara kenangan terindah. RT jika setuju.
Maksud"bestfriend" ialah mempercayai satu sama lain,ambil berat tentang satu sama lain,sayang satu sama lain dan Kongsi Cerita bersama ♥
Hari ni dia tinggalkan kita, kita menangis. Jangan risau, one day orang yg dia sayang pula tinggalkan dia. Apa yg dia buat, dia akan rasa :)
Sebanyak mna awk rindu sya.Lebih banyak sya merindui awk.Tapi sebnyak mna awk melupakan sya. Tk sedikit pun sya melupakan awk
Jasad kita ibarat botol kosong lutsinar yang diisikan roh didalamnya. Cantiknya botol itu bukan pada luaranya tapi pada isi dalamannya.
Walaupun saya mungkin tak mampu berikan kebahagian dalam hidup awak, tapi saya berharap agar saya mampu untuk padam semua kesedihan awak.
EX suka minta Peluang, CRUSH suka bagi Harapan,HATERS suka bagi Masalah, tapi ALLAH sentiasa bagi Kebahagiaan dan Kasih Sayang pada kita :')
1000 batang mancis tidak cukup lagi untuk menerangi didalam kegelapan tetapi cahaya keimanan dapat membawa ke jalan kesenangan selamanya :)